HomeUtamaTarian 'Rumah Madani, Jiwa Merdeka' sempena Hari Malaysia

Tarian ‘Rumah Madani, Jiwa Merdeka’ sempena Hari Malaysia

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu: Tarian unik bertemakan ‘Rumah Madani, Jiwa Merdeka’ yang mempunyai lima segmen akan dipersembahkan sempena Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka pada 16 September ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata persembahan khas itu merangkumi pelbagai aspek kejayaan Malaysia dan diolah melibatkan seratus artis budaya dan enam penyanyi tempatan.

“Segmen pertama iaitu Negaraku menggambarkan semangat patriotik rakyat Malaysia dan juga kebanggaan sebagai penghargaan terhadap sejarah, budaya, serta warisan negara kita.

“Manakala segmen kedua memperlihatkan keunikan dan kepelbagaian budaya yang memfokuskan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak.

 “Bagi segmen dinamik kemajuan pula menggambarkan proses perubahan dan perkembangan yang berlaku secara berterusan dalam negara merangkumi aspek-aspek kemajuan ekonomi, sosial, politik serta teknologi,” katanya ketika ditemui di konti KupiKupi fm, di sini semalam.

Joniston berkata, tarian khas tersebut juga mempunyai segmen transformasi negara yang memaparkan rasa bangga terhadap perubahan dan pencapaian yang telah diraih sejak kemerdekaan.

“Segmen terakhir, iaitu jiwa merdeka menggambarkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik.

“Ini melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif,” katanya.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Dr Diana Dominic dan Penolong Pengarah Komunikasi Korporat, Siti Mariam Aziz Rashid.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular