HomeIsu tempatanNoorrul Azril Ariffin dilantik Panglima 5 Divisyen baharu

Noorrul Azril Ariffin dilantik Panglima 5 Divisyen baharu

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu: Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin dilantik Panglima Lima Divisyen bagi menerajui ketumbukan Lima Divisyen yang baharu menggantikan Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman berkuatkuasa Rabu lalu.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Padang Kawad Rejimen Ke-6 Artileri Diraja, Kem Lok Kawi, di sini.

Acara dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen perbarisan seramai 15 anggota pegawai dan 456 anggota lain-lain pangkat tepat jam 8.05 pagi.

Perbarisan turut diiringi pancaragam gabungan dari Batalion Ke-3 Askar Melayu Diraja, Kem Lok Kawi dan Batalion Ke-22 Askar Melayu Diraja, Kem Sri Kinabatangan, Sandakan.

Noorrul Azril yang tiba tepat jam 9.20 pagi menerima Hormat Panglima sejurus menyempurnakan upacara menandatangani nota serah terima tugas, disusuli dengan upacara serah terima tongkat kuasa yang disaksikan Panglima Medan Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi.

Sejurus selepas acara tersebut, berlangsung Temuduga Masuk dan Keluar Panglima 5 Divisyen oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat di Markas 5 Divisyen.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara jamuan sempena meraikan pertukaran keluar Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi.

Turut hadir pada majlis itu, Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis, Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Zamri Abdullah,Panglima 13 Briged, Brigedier Jeneral Hashim Osman, Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Datuk (Dr.) Lim Teck Kiong, Komander Artileri Divisyen 5 Divisyen, Kolonel Mohd Imran Ibrahim serta Ketua Staf Markas 5 Divisyen, Kolonel Mohd Johaizad Jarudin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Dua warga emas alami cedera ringan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular