HomeUtamaPeruntukan khas interim diharap bantu atasi isu infrastuktur, pendidikan di Sabah

Peruntukan khas interim diharap bantu atasi isu infrastuktur, pendidikan di Sabah

Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud berharap peruntukkan khas interim RM600 juta kepada negeri ini pada tahun depan diharap dapat mengatasi isu melibatkan keperluan rakyat di Sabah.

Katanya, ia termasuklah isu pendidikan dan infrastruktur asas seperti air, elektrik dan jalan raya yang masih dialami rakyat di negeri ini.

Menurutnya, dana yang diberikan daripada kerajaan Persekutuan itu penting untuk kerajaan Sabah merancang pelbagai program pembangunan demi keselesaan rakyat.

“Fasiliti pendidikan dan kemudahan asas, terutama bekalan air dan jalan raya perlu diutamakan dalam perancangan kerajaan negeri berkaitan penggunaan dana daripada pemberian khas itu.

“RM600 juta ini penting sebab kita mahu supaya pembangunan Sabah dapat dirancang, terutama berkaitan bidang pendidikan, sama ada rendah, menengah atau pendidikan tinggi.

“Jadi ini adalah kuncinya dankita berharap peruntukan itu dapat digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan isu asas infrastruktur di Sabah terutama air dan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggu berkata demikian bagi mengulas peningkatan RM300 juta kepada RM600 juta pemberian khas untuk Sabah dan Sarawak yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63), kelmarin.

Mustapha berkata, peningkatan jumlah pemberian khas secara interim itu adalah sumbangan kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak dalam merealisasikan perkara yang termaktub dalam MA63.

“Kita juga mahu supaya rundingan secara baik diteruskan antara kerajaan negeri dan kerajaan Pusat berkaitan isu MA63 dan berharap akan ada perbincangan yang baik lagi selepas ini.

“Kita kurangkanlah polemik di media, lebih baik kita berunding sebab saya fikir Perdana Menteri sekarang amat memahami isu yang dihadapi Sabah dan beliau sedia mendengar serta menimbangkan apabila ekonomi negara semakin mantap.

“Sekarang pun sudah baik sebenarnya, tapi kita mahu memantapkan lagi supaya kita dapat menylesaikan masalah berbangkit di negeri ini dan seluruh negara,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular