HomeIsu tempatan'Idola Darau' akan dikembangkan lagi tahun depan

‘Idola Darau’ akan dikembangkan lagi tahun depan

Read Time:1 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu : Lagu bertajuk ‘Never Enough’ berjaya membawa tuah kepada Veronica Juanis apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Idola Darau yang berlangsung di salah sebuah pusta membeli belah di sini semalam.

Kemenangan itu membolehkan Veronica membawa pulang hadiah wang tunai, sijil dan trofi yang disampaikan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Darau Datuk Razali Razi.

Pemenang tempat kedua dimenangi Sahidan Mohd Ramli yang mendendangkan lagu Ketulusan Hati turut membawa pulang hadiah wang tunai, sijil dan trofi.

Manakala tempat ketiga dimenangi Amar Fiqhiqbal yang menyanyikan lagu Tupus Ku turut membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan sijil penyertaan.

Razali ketika ditemui berkata, program mencungkil bakat terpendam yang julung kali dianjurkan pada tahun ini akan dikembangkan lagi pada tahun depan.

Katanya, ia berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau untuk menyertai pertandingan berkenaan.

Menurutnya, DUN Darau mempunyai ramai bakat terpendam yang selama ini tiada tempat untuk ditonjolkan.

Berikutan itu, katanya, Idola Darau yang diadakan sempena program Jerayawara Sabah Maju Jaya (SMJ) DUN Darau diperkenalkan sebagai pentas untuk meluahkan bakat mereka.

“Ini satu program yang baik untuk kita mencungkil bakat kerana kita tahu dan kita dengar memang ramai ada bakat di kawasan Darau ini.

“Jadi, hari ini kita sediakan pentas untuk mereka menunjukkan bakat masing-masing. Alhamdulillah, sambutan program pertama ini cukup menggalakkan.

“InsyaAllah saya difahamkam tahun depan Idola Darau ini akan dilebarkan dan diluaskan lagi dengan hadiah yang lebih baik,” katanya.

Pertandingan berkenaan adalah inisiatif Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM Darau) dengan kerjasama Majlis Belia Sabah (MBS).

Hadir sama ialah Presiden MBS, Abqaree Fawwaz Abekan.

Razali yang juga Pengerusi SMART Sabah, berkata tujuan utama Idola Darau ialah untuk mengetengahkan bakat masyarakat Darau yang sebelum ini tiada tempat untuk ditonjolkan.

Katanya, beliau sendiri kagum setelah melihat bakat terpendam yang dipersembahkan peserta pertandingan itu.

“Saya sangat terkejut, malah ada yang sampai saya meremang melihat persembahan mereka. Contohnya yang johan, saya ingat dia penyanyi profesional. Dengan bakat yang ditonjolkan itu, saya percaya mereka boleh pergi lebih jauh,” katanya.

Seramai 17 peserta bertanding pada peringkat akhir Idola Darau, masing-masing mempersembahkan bakat nyanyian, tarian, bersyair dan bermain muzik serta kugiran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

October BIG Day usaha pupuk minat aktiviti memerhati burung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular