HomeUtamaBeberapa negeri alami ribut petir, hujan lebat hingga jam 11 pagi ini

Beberapa negeri alami ribut petir, hujan lebat hingga jam 11 pagi ini

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU — Beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Labuan dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada sebelah pagi ini, yang dijangka berlarutan sehingga jam 11 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, negeri berkenaan adalah Pahang iaitu di Bentong, Temerloh dan Bera; Selangor (Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu keadaan sama berlaku di Negeri Sembilan, Melaka (Alor Gajah) dan Johor Bahru (Batu Pahat dan Pontian) serta Kuala Penyu di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. 

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya melalui Facebook, hari ini.

Khamis lalu, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan serta Selat Melaka Utara bermula 13 hingga 18 September ini.

MetMalaysia berkata, ramalan cuaca signifikan itu dibuat berdasarkan analisis model cuaca dan penumpuan angin yang dijangka berlaku di dua lokasi terbabit.

RELATED ARTICLES
Utama

Premier Sarawak dikurniakan darjah ‘Seri Panglima Darjah Kinabalu’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular