HomePolitikAhli Parlimen PN sebulat suara tolak draf MoU peruntukan

Ahli Parlimen PN sebulat suara tolak draf MoU peruntukan

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU — Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menolak draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkait peruntukan kepada wakil rakyat, kata Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

Beliau yang juga setiausaha agung PN memberi empat sebab fundamental penolakan yang antaranya didakwa bertentangan Perlembagaan Persekutuan dengan beberapa syarat dikenakan dikhuatiri menjejaskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

“Draf MoU tersebut mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, nilai budaya, nilai moral, agama serta nilai-nilai tempatan.

Draf MoU tersebut juga tidak mempunyai satu mekanisme yang jelas dan keadaan ini boleh membuka ruang kepada berlakunya apa-apa pelanggaran, mungkir janji atau ketidakpatuhan secara ex-parte, katanya dalam kenyataan.

Katanya, draf berkenaan turut mengandungi perkara dilihat mengongkong kebebasan bersuara Ahli Parlimen.

Sedangkan setiap Ahli Parlimen mempunyai hak dan imuniti untuk bersuara bagi pihak rakyat mengikut Akta 347 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952,

katanya.

Dalam kenyataan itu, Hamzah tidak mendedahkan butiran terperinci terkandung dalam MoU dirujuk.

Beliau juga berkata, PN mahu memperingatkan pihak kerajaan kepada manifesto Pakatan Harapan yang berjanji dana pembangunan kawasan pilihan raya (CDF) secara sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.

Pada 20 Ogos lalu, Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan mengesahkan menerima draf MoU itu.

Pada 9 Julai lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata isu agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak patut menjadi isu rumit diselesaikan.

Ini kerana, katanya, syarat ditetapkan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang mahu mendapat peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular