HomePolitikJentera wanita Gagasan Rakyat perlu jadi mata, telinga kerajaan

Jentera wanita Gagasan Rakyat perlu jadi mata, telinga kerajaan

Read Time:1 Minute, 17 Second

Semporna : Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diminta untuk sentiasa peka dengan apa sahaja isu berbangkit dalam kalangan rakyat khususnya di peringkat akar umbi.

Ketuanya, Datuk Redonah Bahanda berkata, jentera wanita parti adalah mata dan telinga kepada kerajaan dan sewajar mampu memainkan peranan berkesan dalam menangani masalah rakyat.

Katanya, tanpa maklumat yang jelas sukar bagi kerajaan melalui agensi yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan yang sepatutnya kepada rakyat.

“Jentera wanita Gagasan Rakyat sangat penting bukan sahaja bekerja untuk parti dalam meraih sokongan untuk menghadapi pilihan raya tetapi juga menjadi mata dan telinga kepada kerajaan.

“Tanpa kerjasama dan sokongan anda, sukar bagi kerajaan yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk bertindak balas sekali gus menangani isu dan masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Tahunan Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Senallang di Hotel Seafest Semporna di sini semalam.

Hadir sama Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Aziah Atoh dan Ketua Wanita Gagasan Rakyat Senallang Hainul Asikin Yahya

Redonah yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri berkata, selain itu, jentera wanita parti mesti bekerja keras dalam memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat di peringkat akar umbi mengenai hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ)

Katanya, program dan gerak kerja SMJ perlu dihayati dan difahami oleh semua pihak bagi membolehkan pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan berkesan.

“Tanpa pemahaman rakyat sukar bagi kerajaan untuk melaksanakan sesuatu projek yang pastinya bermatlamat bagi mencapai kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

“Kita berharap jentera parti yang ada boleh membantu menjayakan hasrat SMJ dengan lebih baik dan mencapai sasaran,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Ahli Parlimen PN sebulat suara tolak draf MoU peruntukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular