HomeUtamaSMD dicadang dimasukkan dalam kalender pelancongan Sabah

SMD dicadang dimasukkan dalam kalender pelancongan Sabah

Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran program ‘Sabah Motor Day’ (SMD) yang kini memasuki edisi ketujuh pada tahun ini dicadang untuk dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri Sabah.

Perkara itu dinyatakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor ketika berucap merasmikan SMD 7.0 di Padang Kawad Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pagi tadi.

Katanya, program itu merupakan sukan permotoran dua roda terbesar tahunan yang dinanti-nantikan oleh peminat di Sabah dan negeri-negeri jiran.

“Saya percaya program ini akan menggalakkan belia terlibat dalam aktiviti berfaedah untuk menjauhkan mereka daripada aktiviti lumba haram selain mengeratkan hubungan serta meningkatkan lagi kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah selain mempromosikan keselamatan penunggang motosikal kepada masyarakat.

“Justeru InsyaAllah saya akan cadangkan kepada Kerajaan yang mana SMD ini akan dimasukkan dalam kalender pelancongan pada masa akan datang,” katanya.

Program yang diadakan selama dua hari bermula semalam itu menerima penyertaan peserta sehingga 50,000 peminat dua roda termasuk dari Brunei dan Semenanjung.

Hajiji turut memuji penganjur SMD 7.0 kerana banyak program berfaedah telah disusun sepanjang acara dua hari tersebut sempena sambutan Hari Malaysia yang menyasarkan golongan belia.

“Penyampaian sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Tuaran bersama Skuad Anti Dadah Sabah akan menggalakkan belia kita melakukan kerja amal dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

“Saya yakin program ini akan menyemai perpaduan di kalangan belia dalam sukan permotoran dua roda dan menanam nilai-nilai murni selaras dengan objektif acara ini.

“Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memupuk belia sebagai barisan kepimpinan negeri dan negara seterusnya, saya berharap program seperti ini akan terus dianjurkan,” katanya.


Dalam pada itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri turut menekankan kepada pembangunan belia, dan selaras dengan Dasar Belia Sabah, sejumlah RM16.9 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Belia Sabah.

Katanya, program tersebut merangkumi aktiviti kesukarelawanan dan perpaduan sosial.

“Kerajaan juga akan terus menyediakan sumber bagi pelaksanaan pelbagai program untuk belia kita, termasuk latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan.

“Skim pembangunan belia seperti Skim Usahawan Belia Sabah atau SYABAS akan terus menyokong usahawan muda kita dalam memulakan dan memperkukuhkan inisiatif keusahawanan mereka,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular