HomeUtamaHari Malaysia : Orang ramai mula membanjiri Padang Merdeka

Hari Malaysia : Orang ramai mula membanjiri Padang Merdeka

Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai sekitar bandaraya Kota Kinabalu mula membanjiri Padang Merdeka di sini seawal jam 5 petang bagi menyaksikan sambutan Hari Malaysia 2024 malam ini.

Kehadiran pengunjung yang hadir lebih awal itu menggambarkan orang ramai tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan detik bersejarah yang akan turut dihadiri pemimpin Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

Sambutan yang akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin  itu akan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Zohari Tun Abang Openg.

Antara program yang akan diadakan pada malam ini termasuklah upacara menandatangani buku khas Sambutan Hari Malaysia; upacara memotong kek sambutan Hari Malaysia dan persembahan khas Malaysia Madani Jiwa Madani.

Dijangka seramai lebih 30,000 pengunjung akan hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia malam ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

MASwings raikan kegembiraan Krismas bersama penumpang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular