HomeUtamaSambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Sambutan Hari Malaysia 2024 yang disambut di sini malam ini disifatkan membawa makna kemerdekaan yang besar kepada negara kerana diraikan serentak dengan Maulidur Rasul.

Perkara itu diakui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka yang disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Anwar yang mengaitkan sejarah kelahiran Nabi Muhammad dan peristiwa hijrah kemudiannya dengan semangat kemerdekaan yang dibawa menerusi pembentukan Malaysia melalui penggabungan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu, 61 tahun yang lalu.

Katanya, selain bebas daripada penjajah, Malaysia yang ditubuhkan selepas itu perlu merdeka atau dibebaskan daripada unsur negatif yang boleh menjejaskan negara dan rakyat.

“Saya mulakan tadi dengan menyebut ayat Al-Quran yang bersabit dengan maulid Nabi Rasulullah SAW. Apa kaitan dengan Malaysia merdeka dan Malaysia bersama Sabah dan Sarawak.

“Kerana bagi umat Islam, kelahiran nabi itu, terutama dalam penghijrahan kemudiannya, itu adalah untuk memerdekakan.

“Bebaskan Malaysia, bebaskan negara. Bebaskan daripada fahaman kolot, bebaskan daripada fahaman junub, bebas daripada perkauman sempit, bebas daripada kebencian antara satu sama lain.

“Bebas daripada menghukum orang dan menzalimi orang. Itu semangat agama dan saya percaya, ini juga semangat yang dipupuk oleh agama-agama yang pelbagai di negara ini.

“Sebab itu, saya kaitkan semangat Maulidur Nabi Rasulullah SAW dalam konteks ini. Ada relevannya dan ada kebijaksanaan, ia suatu yang unik,” katanya.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg.

Sambutan itu dianggarkan turut dihadiri lebih 30,000 orang masyarakat sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan daerah berhampiran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular