HomeUtamaSambutan Hari Malaysia tampil semangat kekitaan

Sambutan Hari Malaysia tampil semangat kekitaan

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Sambutan Hari Malaysia 2024 yang akan berlangsung malam ini di Padang Merdeka di sini mengambil semangat kekitaan dalam keluarga besar Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sambutan berkenaan penting untuk diraikan bagi mengingati tarikh 16 September 1963.

“Acara sambutan Hari Malaysia yang kita buat secara bergilir tuan rumahnya, tahun lalu di Kuching, tahun ini di Sabah mengambil semangat kekitaan dalam keluarga besar negara Malaysia.

“Beza konsep sambutan, pada Hari Kebangsaan kita akan lihat perarakan dengan aset-aset ketenteraan dan sebagainya.

“Tapi malam ini antara detik yang sangat berharga, sangat signifikan dan bersejarah adalah ketika buku yang akan ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia, Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah.

“Itulah buku yang ditandatangani oleh bapa-bapa Malaysia pada tahun 1963 itu sendiri, buku yang dibawa khas, dijaga oleh Arkib Negara dan itulah bagi saya detik paling istimewa acara pada malam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual semasa rakaman program Kami Bah Ini! (KBI) di Padang Merdeka, di sini pagi tadi.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, Sabah akan berusaha memberikan yang terbaik sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia tahun ini.

“Tahun ini Sabah Negeri Di Bawah Bayu dipilih sebagai tuan rumah dan ini merupakan tanggungjawab besar kerana turut melibatkan Semenanjung dan Sarawak.

“Saya rasa gembira dan teruja dan akan memberikan yang terbaik pada tahun ini sebagai tuan rumah,” katanya.

Program berkenaan dikendalikan oleh Hos Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah, Jovenea Jim dan Leolarry Lajius.

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar Mahu Lebih Banyak Produk Pelancongan Papar Kisah Legenda, Sejarah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular