HomeUtamaHUMS dijangka mula beroperasi Januari 2026

HUMS dijangka mula beroperasi Januari 2026

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang kini dalam proses pembinaan dijangka akan mula beroperasi pada Januari 2026.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan jadual pembinaan fizikal HUMS yang dijangka siap pada penghujung 2025.

“Dengan adanya HUMS ini dijangka ianya akan dapat membantu menyelesaikan masalah mendapatkan khidmat perubatan masyarakat sekitar.

“Ia juga akan turut meningkatkan fiskal pendapatan dan ekonomi rakyat Negeri Sabah khususnya,” katanya dalam perkongsian di Facebook beliau  semalam.

Zambry berkata, fasiliti kesihatan yang berkapasiti 400 katil itu mampu membantu menyelesaikan masalah mendapatkan khidmat kesihatan yang dihadapi masyarakat negeri ini.

Beliau yang meninjau kerja pembinaan di kampus induk UMS itu semalam turut diberi taklimat terkini kemajuan projek oleh pihak HUMS dan wakil syarikat konsesi yang dilantik.

“Prof. Madya Dr. Malehah Datuk Mohd Noh, Pengarah HUMS dalam taklimatnya menceritakan tentang proses pembinaan HUMS yang akan menyediakan lebih daripada 400 katil wad dan turut tersedia servis perkhidmatan perubatan pelbagai penyakit.

“Saya turut dibawa melawat sekitar kawasan tapak projek untuk melihat secara dekat perkembangan projek tersebut.

“Alhamdulillah banyak yang telah tersedia dan insya-Allah pembinaan fizikal Hospital UMS dijangka akan siap pada bulan Disember 2025 dan akan mula beroperasi pada bulan Januari 2026,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular