HomeUtamaSpeaker DUN disaran beri ruang pelajar IPT kenali institusi Parlimen, DUN

Speaker DUN disaran beri ruang pelajar IPT kenali institusi Parlimen, DUN

Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) disaran untuk mengadakan lawatan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi memberi sedikit ruang kepada pelajar agar kerjasama dan interaksi dapat dijalin.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, ia sekaligus memberi peluang kepada golongan belia untuk mempelajari dan mengenali institusi Parlimen dan DUN berkenaan.

“Kita juga bersetuju untuk Speaker-Speaker melapang sedikit masa mereka untuk melawat atau menerima pelajar-pelajar dari IPT untuk berinteraksi dengan anak-anak muda ini yang akan menjadi pemimpin kita masa depan.

“Insya Allah dengan interaksi itu, mereka akan melihat institusi ini sebagai salah satu tempat mereka belajar. Seperti Speaker Sabah yang punya pengalaman yang luas, Jadi ini semua pengalaman-pengalaman yang saya kira harus dikongsi bersama pelajar-pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di DUN Sabah di sini petang tadi.

Hadir sama Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya.

Johari berkata, beliau turut berharap para pelajar IPT juga akan menjadi pemimpin yang baik pada masa depan.

Dalam pada itu, Johari berkata, DUN Sabah menjadi destinasi terakhir dalam siri jelajah Speaker Dewan Rakyat dan DUN di seluruh DUN seluruh negara.

“DUN Sabah adalah dewan terakhir untuk jelajah Speaker- Speaker Dewan Rakyat dan DUN dan Sabah adalah terakhir dan ini adalah kemuncak kepada pertemuan kita sebenarnya berlaku di Kuching pada 11 hingga 14 September.

“Di mana tujuan utamanya ialah untuk yang pertama boleh mengeratkan hubungan di antara Speaker Dewan Rakyat dengan semua Speaker-Speaker DUN. Yang keduanya ialah untuk saling belajar antara satu sama lain atas isu-isu yang timbul dan bagaimanakah mengendalikan isu-isu tersebut.

“Yang ketiga kita cuba untuk memberikan nafas baru untuk institutionaliskan posisi ataupun jawatan Speaker itu sendiri dengan mengumpul perkembangan terbaru apabila rakyat menuntut agar Dewan-Dewan Negeri dan juga Dewan Rakyat itu dirakyatkan.

“Erti kata lain, rakyat mahu tahu apa yang berlaku dalam dewan dan mereka juga ingin mengambil peranan yang aktif dalam kewujudan dewan itu sendiri. Ini semua kita bincang dalam seminar yang berlalu di Kuching dan Alhamdulillah kita telah mencapai resolusi-resolusinya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Antara 5 Negeri Terima Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular