HomeUtamaPendakian ke puncak Gunung Kinabalu ditutup awal pagi tadi

Pendakian ke puncak Gunung Kinabalu ditutup awal pagi tadi

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Taman-Taman Sabah (TTS) terpaksa menutup sepenuhnya pendakian ke puncak Gunung Kinabalu awal pagi tadi berikutan keadaan angin kencang, berkabus dan hujan lebat.

Dalam satu kenyataan, TTS memaklumkan, suhu sejuk 8.4 darjah celcius serta kelembapan tinggi 99 peratus selepas aktiviti pemantauan keselamatan pendakian berterusan dilakukan di Kompleks Panalaban bermula dari pagi semalam sehingga jam 03.30 pagi tadi.

“Pada jam 03.30 pagi, pendakian ke puncak gunung telah ditutup sepenuhnya akibat keadaan angin kencang, berkabus dan hujan lebat, suhu sejuk (8.4 Darjah Celcius) serta kelembapan tinggi (99%) selepas aktiviti pemantauan keselamatan pendakian berterusan dilakukan di Kompleks Panalaban bermula dari pagi Isnin, 16 September 2024 sehingga jam 03.30 pagi hari ini.

Taklimat keselamatan kepada pendaki

“Taklimat keselamatan awal dan penangguhan aktiviti pendakian telah dilakukan pada jam 02.30 pagi dan disusuli dengan taklimat penutupan pendakian ke puncak Kinabalu pada 03.30 pagi kepada semua pendaki,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

TTS amat komited dan siap siaga memantau keselamatan para pendaki Gunung Kinabalu tidak kira keadan cuaca atau waktu agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh pendakian. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah: Industri kreatif di Sabah perlu ditingkatkan – Amisah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular