HomeIsu tempatan20 kes pokok tumbang dilaporkan berlaku dalam tempoh 24 jam

20 kes pokok tumbang dilaporkan berlaku dalam tempoh 24 jam

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berkaitan pokok tumbang sebanyak 20 kes melibatkan beberapa  buah daerah di negeri ini.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah dalam satu kenyataan berkata, jumlah kes itu adalah melibatkan panggilan kecemasan yang direkodkan bagi tempoh 24 jam yang lalu.

Menurut JBPM, sebaik menerima panggilan kecemasan, pihaknya segera menggerakkan anggota ke kawasan terlibat.

“JBPM Sabah telah menerima panggilan kecemasan berkaitan pokok tumbang sebanyak 20 kes bermula seawal jam 8 pagi semalam sehingga jam 11 pagi pada hari ini bertarikh melibatkan beberapa buah daerah di negeri ini.

“Sebanyak empat kes dilaporkan melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud dan BBP Lintas; tiga kes masing-masing melibatkan BBP Penampang dan BBP Kudat.

“Selain itu turut dilaporkan pokok tumbang melibatkan BBP Kudat sebanyak tiga kes dan masing-masing satu kes bagi BBP Tuaran; BBP Tenom; BBP Sook dan BBP Tawau,” menurut kenyataan itu di sini.

Justeru, JBPM Sabah meminta orang ramai untuk sentiasa berhati-hati semasa berada di luar rumah dan sentiasa mengawasi ahli keluarga ketika keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Sebelum in, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 1 petang tadi.

MetMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 9.08 pagi memaklumkan antara kawasan yang terlibat iaitu di Kuala Penyu, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir yang disertai hujan lebat dengan intensiti melebihi 20mm/jam dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh satu jam atau lebih.

“Penduduk dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya bagi mengelakkan risiko banjir kilat, tanah runtuh, dan pokok tumbang.

“Aktiviti luar serta perjalanan dinasihatkan untuk ditangguhkan sehingga keadaan cuaca kembali stabil,”katanya.

Tambahnya, amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari masa ia dikeluarkan. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM Sabah

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

October BIG Day usaha pupuk minat aktiviti memerhati burung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular