HomeIsu tempatanLebih 15,000 dijangka meriahkan FPTA 2024

Lebih 15,000 dijangka meriahkan FPTA 2024

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Lebih 15,000 pengunjung dijangka hadir bagi memeriahkan Festival Pantai Tanjung Aru (FPTA) 2024 yang akan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini.

Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Mary Malangking berkata, acara yang akan diadakan di Taman Prince Philip, Tanjung Aru itu akan bermula seawal jam 10 pagi sehingga 10 malam.

“Ia akan diadakan di Taman Prince Philip, Tanjung Aru dan acara ini sekali lagi mengumpulkan bakat-bakat tempatan serta luar negara untuk bersama-sama memeriahkan lagi suasana festival.

“Selain itu, pelbagai gerai akan dibuka sempena dengan program ini dan para pengunjung mampu menikmati keindahan pemandangan matahari terbenam.

“Tahun ini, festival ini akan memperkenalkan Tanjung Aru sebagai destinasi utama pelancongan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew dalam sidang media di sini, semalam.

Katanya, dengan fokus utama diberikan terhadap kelestarian dan pemuliharaan pantai, kejayaan tahun lepas akan diteruskan dengan inisiatif tanpa sampah dengan menggalakkan para pengunjung membawa beg boleh kitar semula sendiri, termasuk botol minuman dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik.

Menurutnya, festival ini bukan sahaja keunikan daya tarikan pelancongan di Sabah, tetapi juga meraikan Pantai Tanjung Aru sebagai mercu tanda serta nostalgia yang disayangi masyarakat tempatan serta memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung luar.

“Ramai artis tempatan akan membuat persembahan seperti Francis Landong, Velvet Aduk, Maldini Sidney & Friends, Masmona, Ryenald Guntabid, Isobahtos dan banyak lagi.

“Dengan kerjasama dengan Pusat Beli Belah Imago, bas akan disediakan untuk mengambil penumpang secara percuma untuk ke festival ini,” katanya.

Menurutnya, keadaan lalu lintas pada hari berkenaan dijangka sesak, memandangkan hanya satu laluan masuk sahaja disediakan.

“Sebanyak 700 parkir di sekitar pantai berkenaan juga disediakan, namun, ia tidak akan mampu menampung kehadiran ramai pengunjung,” katanya.

Katanya, pihak penganjur menjangkakan jumlah kehadiran tahun ini mampu dicapai, memandangkan kehadiran pengunjung pada tahun lepas adalah lebih kurang 10,000 orang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

October BIG Day usaha pupuk minat aktiviti memerhati burung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular