HomeUtamaTun Juhar terima kunjungan JK Induk sambutan perayaan ulang tahun kelahiran rasmi...

Tun Juhar terima kunjungan JK Induk sambutan perayaan ulang tahun kelahiran rasmi TYT

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam itu bertujuan memaklumkan kepada Tun Juhar berkenaan pengisian program sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Menurut Joachim, beberapa program dikekalkan seperti tahun-tahun sebelum ini namun bagi Anugerah Sukan tidak dilangsungkan memandangkan acara tersebut diadakan secara dwitahunan dan penyampaian sudah diadakan tahun lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkenaan turut memaklumkan lokasi bagi sambutan Hari Etnik juga akan berubah pada tahun ini dan akan diadakan di daerah Penampang.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Jamili Nais dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh, suspek berjaya ditahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular