HomeIsu tempatan96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Seramai 96 orang kakitangan Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) menghadiri Ceramah Keselamatan Jalan Raya yang diadakan di sini baru-baru ini 

Program anjuran KYS itu dilaksanakan sempena Program Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2024 yang berlangsung di Teater Tun Hamdan, Yayasan Sabah. 

Antara penceramah yang memberi ceramah adalah Penolong Pegawai Penguatkuasa, Bahagian Pengujian dan Pelesenan Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah, Rajolly @ Mohd Rizal Asmari.

Dalam pengisian ceramah itu telah membawa pengisian yang menarik mengenai Pematuhan Undang-Undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta LPKP, dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor. 

Beliau turut memberi panduan yang mendalam tentang kepentingan mematuhi undang-undang demi keselamatan dan kelancaran perjalanan di jalan raya.

Sementara itu, Ketua Seksyen Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Negeri Sabah, Madzlan Osmar menjadi penceramah kedua membincangkan Panduan Keselamatan Jalan Raya untuk pelbagai kategori termasuk kereta, motosikal, pejalan kaki, dan pengguna kenderaan mikromobiliti, serta jenis-jenis kesalahan lalu lintas.

Program ini juga menampilkan sesi demonstrasi pemakaian topi keledar motosikal dan soal jawab untuk menguji kefahaman peserta. 

Selain itu, terdapat Perkhidmatan Kaunter Bergerak JPJ Mobile Truck yang memudahkan urusan seperti Pembaharuan Lesen Memandu, Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan semakan saman.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Siswa UMS santuni komuniti kampung di Tambunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular