HomeUtama156 pelajar layak terima WPP, persediaan awal ke IPT

156 pelajar layak terima WPP, persediaan awal ke IPT

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Belud : Seramai 156 pelajar sekitar daerah ini yang bakal melanjutkan pengajian ke beberapa buah Universiti Awam (UA) menerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 yang disalurkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Penyampaian bantuan itu disampaikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud kepada sebahagian pelajar yang layak

Mustapha berkata, bantuan yang disalurkan itu adalah sebagai persediaan awal bagi pendaftaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Katanya, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengingatkan pelajar dan keluarga yang kurang berkemampuan supaya tidak perlu risau mengenai bayaran yuran pendaftaran kemasukan ke universiti awam.

Katanya, perkara itu sejajar arahan kementerian kepada semua UA untuk memastikan pelajar kurang berkemampuan yang mendapat tawaran diterima masuk walaupun belum membayar yuran.

Menurutnya, langkah itu adalah bagi memastikan tiada pelajar kurang berkemampuan yang tercicir daripada memasuki UA kerana gagal membayar yuran pendaftaran.

Selain menyampaikan bantuan awal daripada PTPTN, Mustapha turut menyampaikan surat tawaran serta sumbangan kepada bakal mahasiswa menerusi wakil Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menyalurkan bantuan bakul makanan.

Selain penyampaian surat tawaran dan sumbangan, Mustapha turut mengambil peluang untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pelbagai insentif kerajaan yang boleh dipohon.

Antaranya, Program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG) dari KPT, Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI) dari Kerajaan Negeri Sabah, dan Bantuan Pendidikan dari Pusat Zakat Sabah.

Langkah ini dilihat sebagai salah satu usaha murni kerajaan dalam memastikan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan menerima sokongan penuh untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat universiti. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular