HomeIsu tempatan35 kilogram sampah berjaya dikutip di Teluk Likas

35 kilogram sampah berjaya dikutip di Teluk Likas

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak lebih 35 kilogram sampah berjaya dikutip pada pelaksanaan program ‘Sabah Kekal Bersih, Pelihara Alam, Ini Rumah Kita’ yang berlangsung di Teluk Likas berhampiran dengan Anjung Selera di sini baru-baru ini.

Pengerusi Penganjur Cyron Chang berkata, penganjuran itu berjaya mencapai objektifnya menerusi penyertaan pelbagai pihak termasuk pelajar dan masyarakat setempat.

“Program sehari yang kita laksanakan ini berjaya mengutip lebih 35 kilogram sampah di sekitar Teluk Likas dan 90 peratus daripada sampah itu adalah terdiri dari bahan plastik.

“Aktiviti kesedaran RComm Lestari sejak ditubuhkan tahun 2010  banyak melibatkan pelajar sekolah dengan menerapkan mesej lestari dan kecintaan alam sekitar dikalangan warganya. 

“Aktiviti Sabah Kekal Bersih seperti ini lebih tepat dalam usaha meningkatkan lagi tahap kebersihan dikalangan masyarakat setempat seperti di Sabah.  Selain mesej yang lebih dekat dihati kami warga Sabah, ia menyentuh aspek kelestarian dan pemuliharaan alam sekitar,” katanya.

Cyron berkata, pihaknya akan terus menyokong usaha kerajaan Sabah khususnya Jabatan Sisa Pepejal Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kearah Sabah Maju Jaya tanpa merosakkan keindahan alam sekitarnya.

“Kempen tanpa plastik beg yang sedang giat di bandar Kota Kinabalu sangat sinonim dengan usaha ini yang  diterjemahkam dalam bentuk kesedaran dan pendidikan awam.

“Kita juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak DBKK yang sentiasa mendukung sama misi ini,” katanya.

Sementara itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Kionsom dipilih menjadi sekolah angkat RComm Lestari pertama di Sabah bagi pertubuhan itu yang banyak menyuntik usaha Lestari. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pemenang DWC 2024 tampil persembahan tarik perhatian kanak-Kanak istimewa, anak yatim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular