HomeUtama60 tan sampah berjaya dilupuskan di Tanjung Aru Lama dan Baru

60 tan sampah berjaya dilupuskan di Tanjung Aru Lama dan Baru

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 60 tan sampah berjaya dilupuskan pada Program ‘KK Cleanup Day 3.0’ yang diadakan di seluruh Kampung Tanjung Aru Lama dan Baru di sini hari ini.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu turut disertai lebih 1,000 peserta terdiri dari penduduk kampung dan pelbagai agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, program yang diadakan selama seminggu itu adalah bertujuan bagi mewujudkan kesedaran sosial dalam kalangan penduduk dan pengusaha agar mengambil tanggungjawab lebih serius dalam menjaga kebersihan persekitaran.

“Kita tidak mahu lagi melihat banyak sampah yang tidak terurus terutama sekali di laut dan dimana kebanyakkan rumah yang ada di laut di sini, apabila DBKK mungkin lambat mengangkut sampah-sampah, ada yang terus membuang dilaut, ini kita cuba atasi.

“Jadi di sini kita mahu memastikan tahap kebersihan di kampung Tanjung Aru Baru dan Lama ini dapat kami uruskan dengan lebih baik lagi dengan kerjasama sama rakyat tempatan di sini dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Program ‘KK Clean Up Day 3.0’ di Tanjung Aru di sini hari ini.

Sabin berkata, menerusi program itu juga, DBKK amat bersuka cita untuk menerima kerjasama dan penglibatan positif daripada penduduk Kampung Tanjung Aru Baru Dan Tanjung Aru Lama dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarat (UPPM) Tanjung Aru serta pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.

Ia termasuklah Malaysia Sains University (MSU); Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) Kolej Cosmo; Sidma Kolej dan Kolej Teknikal Yayasan Sabah. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular