HomeSukanBoys United juarai Kejohanan Futsal Terbuka Wakaf

Boys United juarai Kejohanan Futsal Terbuka Wakaf

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Boys United berjaya menjuarai Kejohanan Futsal Terbuka Wakaf selepas menewaskan MUIS Futsal 2-1 di Gelanggang Futsal UTC di sini semalam.

Dengan kemenangan itu, pasukan Boys United berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan piala.

Hadiah disampaikan Setiausaha Politik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Abd Wahid Abd Razak.

Pasukan MUIS Futsal turut membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 selaku pemenang tempat kedua dan ketiga dimenangi pasukan mewakili Kumpulan Yayasan Sabah yang membawa pulang hadiah berjumlah RM500.

Kejohanan sehari itu diadakan bersempena dengan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sabah.

Selain Futsal, turut diadakan ‘Fun Run For Waqf Fund’ yang telah dilepaskan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam.

Pada program larian itu, seramai 511 peserta dari pelbagai lapisan usia telah menyertai seawal jam 6.45 pagi.

Terdahulu, Ruslan berkata, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) terus komited untuk memberi pendedahan meluas mengenai peranan dan tanggungjawab agensi berkenaan menyelaras wakaf di negeri ini.

Antaranya melalui kempen wakaf dengan penganjuran Program Fun Run for Waqf Fund dan Futsal Terbuka bagi yang akan diperluaskan ke seluruh negeri.

Beliau turut yakin melalui kempen berkenaan pengurusan wakaf akan menjadi lebih baik dan boleh dimanfaatkan semula kepada masyarakat memerlukan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular