HomeSukanJoao Pedro Boeira Duarte belum pasti dapat beraksi Ahad ini

Joao Pedro Boeira Duarte belum pasti dapat beraksi Ahad ini

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Penyerang import baharu Sabah FC,  Joào Pedro Boeira Duarte belum pasti dapat diturunkan pada aksi menentang Terengganu FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas di sini malam esok.

Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata, setakat ini beliau masih mempunyai tempoh untuk menilai dan akan memilih barisan pemain-pemain terbaik yang akan diturunkan esok.

Katanya, perancangan untuk menurunkan kesebelasan utama hanya akan diumumkan sebelum perlawanan berlangsung malam esok.

“Apa-apa pun kita tunggu perkembangan sehingga Ahad, sekiranya dapat diturunkan sudah pasti Joao Pedro dapat membantu Sabah FC mencatat kemenangan di gelanggang sendiri.

“Dalam tempoh sesi latihan Joao Pedro Boeira Duarte menunjukkan komitmen baik sekali gus diharapkan dapat mempamerkan prestasi yang diharapkan menjelang perlawanan malam esok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam tempoh sama, Kim Swee juga mengesahkan Dominic Tan masih belum pulih sepenuhnya selepas mengalami kecederaan ketika beraksi bersama Harimau Malaya dalam kejohan Pesta Bola Merdeka baru-baru ini.

“Darren Lok dan Daniel Ting yang turut beraksi bersama-sama Harimau Malaya dalam kejohanan Pestabola Merdeka baru-baru ini juga bersiap sedia beraksi  membantu Sabah FC menentang Terengganu FC malam esok.

“Kita harapkan para penyokong setia Sabah FC dapat turun memberikan sokongan padu menjelang perlawanan nanti,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular