HomeUtamaGolongan muda disaran ceburi bidang perniagaan berkonsep francais - Shahelmey

Golongan muda disaran ceburi bidang perniagaan berkonsep francais – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Golongan muda di negeri ini ingin menjadi usahawan disaran menceburi bidang perniagaan berkonsepkan francais kerana ia mudah dan berpotensi untuk berjaya, kata Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya.

Menurut Shahelmey, konsep perniagaan francais diyakini merupakan platform terbaik untuk berkembang kerana ia mempunyai kelebihan yang memudahkan memandangkan segala keperluan telah tersedia, sekaligus meringankan beban usahawan khususnya peniaga baharu.

“Dalam keadaan sekarang yang mana peluang pekerjaan mungkin agak terhad, jadi satu pilihan untuk golongan muda adalah menceburkan diri dalam keusahawanan antaranya bidang francais.

“Konsep ini lebih mudah kerana sistem francais sudah menyediakan segalanya, apa yang diperlukan hanya usaha dan pengurusan serta pemasaran yang jitu untuk pastikan ia berjaya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan Kiosk Coolblog di sini pada Sabtu (21 Sept).

Turut hadir Pengarah Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) Wilayah Sabah, Mohd Nadzier Khan.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya memaklumkan, kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif kewangan kepada usahawan muda melalui beberapa agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Katanya, PERNAS yang telah banyak memainkan peranan penting membantu menerusi pembiayaan modal kepada ramai usahawan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk francais.

“Ramai usahawan antaranya sebagaimana yang kita rasmi pembukaannya hari ini, mendapat suntikan modal dan juga nasihat pengurusan perniagaan daripada PERNAS,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew berkata, pembukaan cawangan kelima Coolblog, jenama minuman tempatan yang terkenal di Malaysia bertempat di Emart Lintas Jaya ini bukan sekadar perkembangan perniagaan, malah melambangkan sokongan kukuh daripada PERNAS, yang telah menyediakan pinjaman francais untuk memudahkan pengembangan Coolblog.

“Inisiatif ini dilihat sebagai langkah penting dalam membantu usahawan tempatan, terutamanya dalam industri makanan dan minuman,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular