HomeUtamaKhidmat Mohd. Khairuddin sebagai KP J-KOM ditamatkan

Khidmat Mohd. Khairuddin sebagai KP J-KOM ditamatkan

Read Time:32 Second

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Dr. Mohd. Khairuddin Othman sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi ditamatkan.

Setiausaha PKR Selangor itu dilantik ke jawatan tersebut kira-kira enam bulan lalu bagi mengisi kekosongan selepas penyandangnya, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff yang meletakkan jawatan.

Utusan Online melaporkan, Mohd. Khairuddin bagaimanapun tidak memberitahu alasan ditamatkan daripada jawatan berkenaan.

Beliau juga tidak menjelaskan tarikh beliau ditamatkan sebagai ketua pengarah J-KOM.

“Betul. Sudah ditamatkan. Saya bukan KP (Ketua Pengarah) lagi,” katanya.

Beliau menyarankan media mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Komunikasi.

Mohd. Khairuddin dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada 1 Mac selepas jawatan itu kosong apabila Mohammad Agus meletak jawatan pada November tahun lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

LIGS sumbang RM2 juta kepada Kerajaan Negeri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular