HomeSukanPara SUKMA : Shahafiq, Ethan cipta rekod baharu

Para SUKMA : Shahafiq, Ethan cipta rekod baharu

Read Time:57 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kuching : Dua atlet Para Renang Sabah berjaya mencipta baharu menerusi acara 100M Gaya Bebas Lelaki S6 dan 200M Gaya Bebas Lelaki S14 yang berlangsung di Pusat Akuatik Pandalela Rinong Petrajaya di sini pagi tadi.

Rekod baharu bagi acara 100M Gaya Bebas Lelaki S6 yang juga rekod Kebangsaan itu hadir menerusi atlet Shahafiq Abdullah yang mencatat masa 1:17.18 meninggalkan pencabarnya Kelvin On Kai Bin dari Selangor dengan catatan masa 1:23.93 dan Mohd Zulkiffli Mazeri yang mencatat masa 1:36.50 di tempat ketiga.

Ethan Khoo (tengah) bersama para pemenang

Manakala bagi acara 200M Gaya Bebas Lelaki S14 adalah rekod kejohanan yang dicatatkan oleh Ethan Khoo Yin Jun dengan mencatat masa 2:03.77 meninggalkan dua pencabarnya dari Selangor dan Kuala Lumpur.

Semalam, Ethan turut mencatat rekod kejohanan bagi acara 100M Gaya Kuak Lentang S14 dengan catatan masa 1:06.20 seterusnya menewaskan pencabarnya dari Kuala Lumpur dan Selangor di tempat ketiga.

Sementara itu, Sabah terus mengekori rapat kontinjen tuan rumah selaku pendahulu senarai pungutan pingat.

Sehingga jam 2.30 petang tadi, Sabah berjaya mengutip 21 emas;14 perak dan 10 gangsa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular