HomeUtamaLima pelajar Sabah terima BKNS ke luar negara

Lima pelajar Sabah terima BKNS ke luar negara

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Lima pelajar Sabah berjaya menerima tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) ke luar negara bagi tahun 2024.

Tawaran BKNS itu disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Lima pelajar itu adalah Allen Martin Jumin (Kursus Perubatan-University College Dublin, Ireland), Brenda Chan Yi Lin (Kursus Biokimia -University of Manchester, United Kingdom (UK)), Muhammad Iezhanuddin Ramlin (Kursus Sains Komputer,- Northumbria University, UK), Meagan Chin Min Gen (Kursus Undang-Undang, Cardiff University, UK) dan Nurul Sabrina Moh Zakir (Kursus Perubatan Veterinar- Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia).

BKNS ke luar negara itu ditawarkan kepada anak-anak Sabah yang memperolehi keputusan terbaik untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Pendidikan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datik Zainudin Aman dan Pengarah Bahagian BKNS, Emas Sanjongan Datu Okar.

Sementara itu, Hajiji menerima kunjungan  hormat daripada Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik di pejabatnya. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

Aplikasi GoNet mudahkan pengguna buat tempahan fasiliti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular