HomeSukanPara SUKMA : Hasrat Sabah pertahan kejuaraan semakin tipis

Para SUKMA : Hasrat Sabah pertahan kejuaraan semakin tipis

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kuching : Hasrat kontinjen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan temasya itu dilihat semakin tipis selepas jauh ditinggalkan pasukan tuan rumah.

Berbaki dua hari lagi, Sabah kini menduduki tangga kedua dengan mengutip 55 pingat emas; 37 perak dan 25 gangsa berbanding tuan yang terus gah mengutip 71 emas;49 perak dan 61 gangsa setakat jam 6 petang tadi.

Hari ini Sabah berjaya mengutip 11 pingat emas;12 perak dan lima gangsa menerusi sukan Para Olahraga dan Para Renang.

Emas yang diraih telah disumbangkan oleh Nazwan (Lompat Jauh T45); Adriansah Bagudan (Rejam Lembing Lelaki F44/F64); Jericho Hedryld Henry (Rejam Lembing Lelaki F46) dan Shahafiq Abdullah (100m Gaya Kuak Lentang S5/S6).

Turut menyumbang pingat emas Brady Chin Zi Rong (Para Ping Pong- Perseorangan Berdiri Lelaki 9); Wahyu Eqwal Nazrey (50m Gaya Bebas Lelaki S4/S5); Shahafiq Abdullah (50m Gaya Bebas Lelaki S6); Sabarudding Bacho (Lontar Peluru Lelaki F35); Bartholomew Marius (Lontar Peluru Lelaki F33) ; Shamli Bin Waidi (Lontar Peluru F36 Lelaki) dan Heronlee Wong (Rejam Lembing Lelaki F37).

Sementara itu, dalam sukan Para Olahraga, Sabah berjaya mengutip 32 pingat emas; 17 perak dan 17 gangsa sekaligus mendahului carta bagi sukan berkenaan.

Pada Para SUKMA edisi 2022, kontinjen Sabah melakar sejarah dinobatkan sebagai juara keseluruhan buat julung kalinya.

Pada ketika itu, Sabah mengakhiri saingan dengan merangkul 54 pingat emas, 36 perak dan 35 gangsa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular