HomeUtamaWarga emas maut tercampak 27 meter dilanggar kenderaan dipandu laju

Warga emas maut tercampak 27 meter dilanggar kenderaan dipandu laju

Read Time:1 Minute, 23 Second

TAWAU: Seorang warga emas lelaki maut tercampak sejauh 27 meter selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan yang dipandu laju dan hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan di Kilometer 32 Jalan Tawau – Kunak awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, pada jam 8.50 pagi tadi, pihak Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah menerima makluman berkenaan satu kemalangan jalanraya yang berlaku di Kilometer 32 Jalan Tawau – Kunak membabitkan sebuah motokar jenis Perodua Viva dengan seorang pejalan kaki.

“Siasatan awal di tempat kejadian, mendapati kemalangan berlaku pada pagi tadi (26 Sept) jam lebih kurang 8:30 pagi ketika pemandu motokar seorang lelaki berumur 23 tahun dari Kunak menuju ke Hospital Tawau.

“Apabila sampai ditempat kejadian, pemandu motokar dipercayai telah memandu laju sambil memotong dua buah kenderaan di hadapannya , menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan, dan masuk ke laluan bertentangan kemudian melanggar seorang lelaki berumur 62 tahun yang berada di bahu kiri jalan sedang membuat kerja bersama dua orang rakan sekerjanya.

“Selepas perlanggaran , mangsa telah tercampak sejauh 27 meter dan jatuh di atas rumput di bahu kiri jalan di laluan bertentangan.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Balung manakala dua orang rakan mangsa dan pemandu motokar tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemandu motokar terbabit telah ditangkap untuk membantu siasatan.

“Pihak Polis masih meneruskan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan),” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan kepada masyarakat supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi memjamin keselamatan diri serta semua pengguna jalanraya.

RELATED ARTICLES
Utama

Larangan bina Rumah Mesra SMJ atas air wajar dikaji semula –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular