HomeSukanAWCL : Kehadiran Steffi, Intan Serah dalam Sabah FA bantu promosi Sabah...

AWCL : Kehadiran Steffi, Intan Serah dalam Sabah FA bantu promosi Sabah peringkat antarabangsa

Read Time:2 Minute, 1 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kehadiran kapten skuad bola sepak wanita kebangsaan Steffi Sarge Kaur dan Intan Sarah Anisah Zulgafli atau lebih dikenali sebagai Intan Serah dalam pasukan bola sepak wanita Sabah FA mampu membantu mempromosi Sabah diperingkat antarabangsa.

Pasukan bola sepak wanita Sabah FA akan bersaing pada kejohanan Liga Juara-Juara Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (AWCL) yang berlangsung di Wuhan, China bermula 3 Oktober ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, pencapaian pasukan wanita itu bukan sahaja membawa kebanggaan kepada Sabah tetapi turut membantu meningkatkan reputasi negeri ini sebagai destinasi pelancongan sukan yang melahirkan bakat luar biasa.

“Saya juga difahamkan ada dua pemain iaitu Intan Sarah, yang mempunyai 559,000 pengikut di Instagram, dan Steffi Kaur, yang mempunyai 97,000 pengikut.

“Dengan jumlah pengikut media sosial ini, Intan Sarah dan Steffi Kaur bukan sahaja atlet yang cemerlang tetapi juga secara tidak langsung menjadi pempengaruh untuk Sabah, dan membantu kita mempromosikan potensi pelancongan kita serta mencapai audiens yang lebih luas,”‘katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan tajaan baju jersi daripada Lembaga Pelancongan Sabah (STB) kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak wanita Sabah FA di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Pasukan Bolasepak Wanita Sabah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Sabah Mohd Arziz Afizy Rumsani dan Ketua Jurulatih Bolasepak Wanita Sabah Justin Ganai.

Joniston yang juga Pengerusi STB berkata, sebagai anak muda Sabah, para pemain harus memanfaatkan media sosial dan membantu mempromosikan kebaikan serta keindahan Negeri Sabah.

Katanya, pihaknya turut berbangga untuk menyokong pasukan bola sepak wanita Sabah FA bagi meningkatkan profil negeri ini di pentas antarabangsa melalui sukan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih khas kepada Ketua Jurulatih, Justin Ganai dan pasukan pengurusan atas dedikasi dalam membimbing pemain-pemain berbakat ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Arziz berkata, pihaknya merakamkan penghargaan terima kasih kepada STB atas sumbangan tajaan baju jersi kepada pasukan bola sepak wanita Sabah FA.

“Ini adalah satu perkembangan baik yang mana pasukan bola sepak wanita Sabah sebelum ini kita kurang dari segi penajaan

“Sebelum ini orang tidak lagi dimana kekuatan kita dan apa yang kita lakukan untuk pasukan dan untuk Sabah. Alhamdulilah STB dapat melihat yang mana kita membawa nama Sabah ke Wuhan dan ini merupakan satu pertandingan taraf antarabangsa,” katanya.

Beliau turut berkata, penajaan baju jersi itu juga merupakan satu kaedah pemasaran bagi membawa nama negeri dan negara bagi menarik pelancong ke Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Para SUKMA : Hasrat Sabah pertahan kejuaraan semakin tipis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular