HomeUtamaG57 lapor SPRM, gesa siasat kemelut air di Sabah

G57 lapor SPRM, gesa siasat kemelut air di Sabah

Read Time:1 Minute, 9 Second

PUTRAJAYA: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) hari ini membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung konsesi syarikat yang mengurus operasi loji rawatan air (LRA) yang didakwa menjadi punca kemelut air di seluruh Sabah.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar menggesa SPRM untuk menyiasat perkara itu dan telah mengemukakan beberapa dokumen berkaitan untuk penelitian SPRM.

“Saya hadir hari ini untuk menyerahkan beberapa dokumen bagi membantu siasatan SPRM. Kita bagi maklumat.

“Kita nak minta SPRM siasat kerana sudah menjadi kepentingan umum,” katanya ketika ditemui di hadapan bangunan SPRM, Putrajaya hari ini.

Zulkarnain mendakwa syarikat berkenaan seolah-olah mempunyai hubung kait dengan kerajaan terdahulu sewaktu era pemerintahan negeri itu sebelum ini.

“Kita lihat seolah-olah ada hubung kait, sebab itu membuat serahan dokumen,” katanya.

Terdahulu Zulkarnain meluangkan masa lebih 30 minit bagi menyerahkan beberapa dokumen kepada SPRM.

Pada 23 September lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata tindakan Parti Warisan (Warisan) menamatkan konsesi syarikat yang mengurus LRA di seluruh Sabah ketika menjadi kerajaan negeri sebelum ini, punca utama menyebabkan masalah air di negeri ini bertambah teruk.

Hajiji berkata Warisan hanya berbohong apabila menyalahkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus berikutan masalah air yang berlaku pada masa ini.

Katanya, penamatan konsesi sembilan syarikat kontraktor yang dilantik oleh kerajaan terdahulu bukan saja menyebabkan kerajaan negeri disaman dan terpaksa membayar RM315 juta sebagai pampasan, malah menjejaskan pengurusan bekalan air sedia ada.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelajar lelaki 14 tahun ditemui lemas semasa aktiviti mandi-manda di tasik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular