HomePolitikPRN-17 : DUN Kuala Penyu mampu sumbang kerusi untuk GRS

PRN-17 : DUN Kuala Penyu mampu sumbang kerusi untuk GRS

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kuala Penyu: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu mampu menyumbangkan satu kerusi untuk Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dipertahankan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Naib Presiden 1 Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kerjasama dan sokongan daripada para ahli dan rakan-rakan Pakatan Harapan (PH) juga menjadikan kawasan itu sebagai salah satu kubu kuat GRS.

“Saya lihat Kuala Penyu bersedia untuk menghadapi pilihan raya dengan keahlian yang ramai dan hari ini juga perwakilan sangat ramai. Kawasan Kuala Penyu ini saya ingat sebagai kubu kuat untuk GRS.

“Ditambah lagi dengan sokongan dan dokongan kerjasama daripada rakan-rakan PH. Kuala Penyu boleh menyumbang satu kerusi untuk GRS,” beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Kuala Penyu disini hari ini.

Hadir sama Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kuala Penyu Datuk Limus Jury; Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Klias Datuk Isnin Aliasneh.

Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, ahli parti Gagasan Rakyat juga diingatkan untuk terus menjaga hubungan baik antara parti dalam komponen GRS.

Katanya, selain hubungan yang baik, ahli Gagasan Rakyat diperingkat pimpinan dan akar umbi perlu menjelaskan sumbangan dan bantuan yang telah berjaya disampaikan kerajaan GRS dalam empat tahun ini.

“Bagi menghadapi pilihan raya akan datang, kita perlu terus menambah keahlian dalam parti khususnya peringkat cawangan selain mengeratkan hubungan yang baik dengan komponen dalam GRS itu sendiri dan dengan rakan-rakan dalam PH.

“Kita juga kita harus menjelaskan sendiri kepada rakan-rakan ahli-ahli kita dan semua masyarakat di sekitar kita untuk melihat kebaikan yang telah diberikan Kerajaan GRS dalam tempoh empat tahun ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Serah pimpinan atasan GRS ambil keputusan pilih calon – Masiung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular