HomeUtamaSebahagian tanah SFI akan dikeluarkan untuk penduduk di Tenom

Sebahagian tanah SFI akan dikeluarkan untuk penduduk di Tenom

Read Time:1 Minute, 16 Second

TENOM: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan akan memastikan sebahagian tanah dalam kawasan Sabah Forest Industry (SFI) di daerah ini dikeluarkan dan diwartakan sebagai tanah perkampungan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) disambut oleh pemimpin dan ahli parti ketibanya di majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Kemabong Tahun 2024 di Dewan Sri Ontoros, Kemabong pada Sabtu.

Katanya, beberapa ribu hektar tanah dalam kawasan konsesi perhutanan syarikat berkenaan sudah dikenal pasti untuk dikeluarkan supaya penduduk dapat terus mendudukinya secara sah.

Pada masa yang sama, katanya beliau juga akan mengarahkan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) untuk melaksanakan program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) di daerah ini.

Beliau berkata, ia bagi menyelesaikan tanah yang sudah lama diduduki dan diusahakan penduduk kampung dapat disukat dan dikeluarkan geran kepada pemiliknya.

“Saya nyatakan bahawa kita akan memastikan beberapa ribu ekar tanah dalam SFI dikeluarkan untuk perkampungan rakyat kita di Tenom.

“Begitu juga tanah yang belum disukat, saya akan minta Pengarah JTU untuk menggunakan program PANTAS bagi mengukur tanah penduduk supaya tanah yang sudah lama diusahakan diberi geran,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kemabong di Dewan Sri Ontoros, Kemabong pada Sabtu.

Beliau memberikan maklum balas terhadap beberapa usul yang dikemukakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kemabong, Datuk Rubin Balang berkaitan dengan kepentingan rakyat kawasan itu.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Hajiji berkata beliau akan memanggil syarikat berkenaan bagi membincangkan usul untuk mengeluarkan sebahagian daripada tanah SFI itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Tabung Pendidikan DJR Sugut ditubuhkan, bantu pelajar lanjut pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular