HomeUtamaPelajar disaran manfaatkan inisiatif Kerajaan

Pelajar disaran manfaatkan inisiatif Kerajaan

Read Time:1 Minute, 39 Second

Membakut: Pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disaran memanfaatkan pelbagai inisiatif  yang ditawarkan oleh kerajaan negeri.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata, bantuan yang disediakan oleh kerajaan dapat meringankan beban kewangan ibu bapa. 

“Saya meminta kepada para pelajar untuk memohon apa-apa saja bantuan yang ditawarkan kerajaan untuk pelajar melanjutkan pengajian.

“Antara inisiatif bantuan kerajaan negeri termasuklah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Biasiswa Yayasan Sabah, Dermasiswa Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dan Pejabat Setiausaha Timbalan Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar dalam Majlis Jejak Menara Gading Kali Ke-16 di Dewan Seri Wawasan Kampung Pimping di sini baru-baru ini.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut menyampaikan bantuan kewangan kepada 103 pelajar sekitar Membakut yang akan melanjutkan pengajian ke IPT.

Beliau yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, bantuan itu diharap dapat meringankan kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa pelajar itu sendiri selain membuka peluang lebih tinggi kepada pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pengajian.

 “Sumbangan ini adalah untuk pelajar-pelajar di sekitar Membakut yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT, sudah 16 tahun kita laksanakan program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban pelajar dengan menyediakan keperluan untuk mereka.

“Kita menyalurkan sumbangan sebegini setiap tahun dan ini merupakan fasa kedua dimana fasa pertama telah kita laksanakan pada awal tahun,” katanya.

Dalam pada itu, pelajar yang menerima bantuan, Theresa Emilia Thirteen meluahkan rasa syukur kerana bantuan yang diterima akan digunakan untuk membayar yuran pendaftaran.

“Saya akan mengikuti pengajian dalam bidang Ekonomi Kewangan di Universiti Malaysia Sabah selapas ini dan saya bersyukur atas sumbangan yang diberikan, saya akan gunakan duit ini untuk membayar yuran pendaftaran kemasukan saya nanti,” katanya.

Rakannya, Rochella Daniella Donatus pula bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia dalam jurusan perakaunan juga menggunakan bantuan tersebut untuk membiayai pendidikan selain membantu kewangan keluarga.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular