HomePolitikBeliawanis Gagasan Rakyat perlu cakna tangani tohmahan dan fitnah pembangkang

Beliawanis Gagasan Rakyat perlu cakna tangani tohmahan dan fitnah pembangkang

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Belud : Ahli Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) perlu sentiasa cakna dan tangkas dalam menangkis tohmahan dan fitnah khususnya dari pihak pembangkang.

Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Emmie Martin Idang berkata, tindakan yang diambil perlu digerakkan segera selain perlu perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan.

“Kita tidak boleh menangkis fitnah atau tohmahan dengan fitnah juga. Kita perlukan fakta dan fakta ini datangnya daripada ilmu.

“Tetapi tidak guna jika kita hanya mempunyai fakta tanpa tindakan. Justeru, saya menyeru agar semua kita di sini lengkapkan diri kita dengan ilmu dan bertindak untuk mempertahankan presiden atau parti kita dengan fakta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Beliawanis Bahagian Tempasuk di sini semalam.

Emmie berkata, ilmu pengetahuan dalam menangkis tohmahan pembangkang termasuklah dasar dan inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan.

“Saya tahu perwakilan sekalian sudah tahu tentang rekod dan pencapaian kerajaan kita sekarang di bawah pimpinan Presiden yang juga Ketua Menteri. Sebagai contohnya, kutipan hasil Negeri Sabah sebelum ini tidak pernah mencapai sehingga RM4bilion.

“Namun, pencapaian kutipan hasil berjumlah RM5.4bilion buat pertama kalinya dicapai pada tahun 2021, Kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor terus meningkat kepada RM6.96bilion pada tahun 2022 dan seterusnya pada tahun 2023.

“Pencapaian ini merupakan rekod cemerlang tampuk kepimpinan beliau yang perlu disebarluaskan kepada segenap kelompok rakyat di luar sana,” katanya.

Katanya, pencapaian kutipan yang tinggi itu seterusnya akan dikembalikan semula kepada rakyat melalui inisiatif-inisiatif bantuan termasuklah penambahan pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang akan dimanfaatkan oleh golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, ia termasuklah inisiatif lain yang terus disediakan oleh Kerajaan negeri. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Budayakan etika penyebaran maklumat di media sosial – Nizam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular