HomeSukanPara SUKMA : Shahafiq dinobat atlet terbaik, pecah empat rekod kebangsaan

Para SUKMA : Shahafiq dinobat atlet terbaik, pecah empat rekod kebangsaan

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kuching : Atlet Para Renang Sabah Shahafiq Abdullah dinobat sebagai Atlet Terbaik Lelaki Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak 2024 selepas berjaya memecahkan empat rekod kebangsaan.

Perenang berusia 20 tahun itu meraih enam pingat emas dengan empat daripadanya memecahkan rekod kebangsaan.

Rekod baharu diciptanya adalah dalam acara 100 meter gaya bebas, 50m kuak kupu-kupu, 100m kuak lentang dan 50m gaya bebas S6.

Selain itu, dua lagi pingat emas diraihnya menerusi 4x100m gaya bebas dan 4x100m rampaian.

Anugerah disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menyempurnakan majlis penutupan Para SUKMA ke-21 Sarawak di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, di sini, semalam.

Hannah berkata Sarawak berjaya menganjurkan Para SUKMA ke-21 dengan lancar dan gemilang.

Katanya, ia sekali gus meletakkan penanda aras baharu pada penganjuran seterusnya temasya dwitahunan itu yang akan diadakan di Selangor pada tahun 2026.

“Berdasarkan reformasi atau penambahbaikan yang dilakukan pada Para SUKMA Sarawak, untuk penganjuran di Selangor nanti, saya harap kita boleh berusaha untuk mencipta satu lagi legasi penganjuran temasya iaitu melangkah ke arah klasifikasi sifar.

“Saya sudah berbincang dengan Datuk Seri Fatimah Abdullah (Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak) harapan kita supaya pada edisi akan datang tidak akan ada sebarang acara dikecualikan supaya kita boleh meraikan semua atlet para dan mereka boleh diberi platform untuk bertanding,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sheron, Tahira juara Larian Timpohon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular