HomeUtamaAKRI 2024 : Pensyarah Kanan FSSK UMS, Dr Intan johan kategori Pentaksiran...

AKRI 2024 : Pensyarah Kanan FSSK UMS, Dr Intan johan kategori Pentaksiran Alternatif

Read Time:1 Minute, 32 Second

Shah Alam : Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr. Intan Soliha Ibharim berjaya menjadi johan bagi Kategori Pentaksiran Alternatif sempena sambutan Bulan Akademia peringkat Kebangsaan 2024.

Kategori itu merupakan antara Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif Tahun 2024 (AKRI 2024) yang menyokong kepada inisiatif dan aspirasi Kementerian dalam pendidikan fleksibel selain kurikulum tersedia masa hadapan.

Majlis penyampaian hadiah dan perasmian disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.

AKRI 2024 dilaksanakan adalah bertujuan bagi mengenal pasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan menerusi empat kategori.

Antaranya, Kurikulum Program Pengajian Inovatif; Pengajaran Transformatif; Pengalaman Pembelajaran Imersif (Pengalaman Pembelajaran Imersif (Maya)/Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun) dan Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka) serta Pentaksiran Alternatif.

Dr. Intan yang memenangi kategori itu menerusi ‘Live Broadcast (LIB): Alternative Assessment Tool for Competent Radio Presenter’ berkata, kemenangan itu berpunca  daripada inovasi pengajaran dan pembelajaran yang lebih kepada pentaksiran alternatif.

“Ini termasuklah macam mana cara saya menilai pelajar, jadi bila kita menilai pelajar, dia ada kaitan dengan teknik mengajar dan juga proses pembelajaran pelajar.

“Seperti di UMS, kita ada sebuah  radio kampus yang kita panggil sebagai UMS FM. Jadi radio ini kita gunakan sebagai platform untuk mengajar dan menilai pelajar.  Cuba bayangkan sebelum ini, kebanyakan universiti hanya ada makmal radio sahaja.

“Tetapi di UMS, kita ada radio kampus yang boleh didengari di frekuensi 91.1 yang mana pelajar ini dinilai secara live dari UMS FM,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini hari ini.

Beliau turut berharap agar kadar kebolehpasaran graduan di UMS terus meningkat dan kualiti pendidikan di negeri ini juga semakin meningkat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

PRN17 SABAH: GRS berpeluang rampas kerusi DUN Sekong dari Warisan

Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular