HomeUtamaSaya tidak mahu sia-siakan peluang ini, ibu bapa sudah bekerja keras -...

Saya tidak mahu sia-siakan peluang ini, ibu bapa sudah bekerja keras – Rafida

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : “Ibu bapa saya sudah bekerja keras, saya mahu usaha sungguh-sungguh, tidak mahu sia-siakan peluang ini,” kata Rafida Zaiddin,19.

Rafida yang juga pelajar jurusan perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan.

Anak kelahiran Kampung Sim-Sim Sandakan itu sebelum ini tular selepas membawa beg karung untuk memuatkan barang-barang peribadi bagi mendaftar masuk ke universiti itu Sabtu lalu.

“Sebenarnya saya terkejut apabila banyak menerima panggilan mengenai isu viral (beg karung) jadi saya pun macam terkejutlah.

“Saya datang ke sini menaiki bas dengan perjalanan hampir tujuh jam dari Sandakan, jadi kalau naik kapal terbang ianya banyak lagi mahu bayar.  Pihak universiti pula maklumkan maksimum hanya dua beg.

“Apabila saya susun barang keperluan, semuanya ada enam beg dan bapa saya cari kalau ada karung dan dia muatkan dalam satu tempat kesemuanya dan selepas dikumpul semuanya dapat tiga beg,”katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Lafaz Ikrar pelajar baharu UMS di sini hari ini.

Antara barangan yang dimasukkan ke dalam beg karung berkenaan adalah seperti bantal, baldi dan beberapa barangan lain.

Manakala pakaian dan selimut diletakkan di dalam beg pakaian.

Anak bongsu dari dua beradik  itu turut mengakui terkejut namun besyukur dengan peluang dan rezeki yang diberikan khususnya bantuan yang disalurkan.

“Masih ramai diluar sana mahu belajar tapi tidak ada peluang, bagi saya inilah peluang saya dan ia tidak akan disia-siakan,” katanya.

Terdahulu, majlis lafas ikrar pelajar baharu UMS disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Antara 5 Negeri Terima Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular