HomeUtama157 pelajar sekolah menengah terima BMYS

157 pelajar sekolah menengah terima BMYS

Read Time:39 Second

Sandakan : Seramai 157 orang pelajar dari 21 buah sekolah menengah sekitar daerah ini menerima Skim Bantuan Menengah Yayasan Sabah (BMYS).

Majlis penyerahan BMYS itu disempurnakan Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar Khan Bahadar di Dewan Sri Libaran, di sini baru-baru ini.

Selain penyerahan BMYS, turut diadakan program ceramah motivasi.

Gulamhaidar berkata, pendidikan adalah kunci kejayaan seseorang individu, keluarga, malah negara. 

Katanya, dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, cabaran yang dihadapi oleh pelajar semakin mencabar.

“Teknologi dan maklumat berkembang pesat, dan dunia pekerjaan juga berubah dan memerlukan kemahiran yang lebih tinggi,” katanya.

Dalam majlis sama, Pusat Pendidikan Khas Bersepadu Sekolah Kebangsaan (SK)’Muhibbah, Sandakan turut menerima sumbangan RM5,000 untuk pembelian alat bantu mengajar seperti televisyen dan set komputer untuk murid berkeperluan khas di SK Muhibbah.

RELATED ARTICLES
Utama

Henti tunding jari, fokus selesaikan masalah air Sabah – Vivian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular