HomeUtamaHenti tunding jari, fokus selesaikan masalah air Sabah - Vivian

Henti tunding jari, fokus selesaikan masalah air Sabah – Vivian

Read Time:1 Minute, 33 Second

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan (DAP), Vivian Wong Shir Yee, hari ini menyeru agar semua pemimpin negeri ini untuk menyelaraskan keutamaan rakyat dan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menyelesaikan isu bekalan air yang dihadapi oleh negeri ini sejak sekian lama.

“Henti segera untuk terus menggunakan isu air sebagai isu politik dan terus dibahaskan.

“Jika semua pemimpin kita yang berpengalaman dapat bersatu dan terus menyelesaikan krisis air secara bertimbang rasa, saya percaya isu air boleh diselesaikan dalam masa yang sesingkat mungkin,” katanya.

Vivian yang juga Setiausaha Publisiti DAP Sabah, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), adalah sebahagian delegasi PAC yang sedang membuat lawatan empat hari ke Sabah untuk menyiasat masalah air yang tidak pernah berakhir di negeri itu.

Selain masalah bekalan air, Vivian juga menyatakan kebimbangan beliau berkenaan isu kualiti bekalan air.

Justeru, sesi dialog antara ahli PAC dan ahli jawatankuasa badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Sandakan Water Watch diketuai oleh Datuk John Khoo, juga diadakan dimana John juga mengutarakan kebimbangan sama berkaitan isu itu bersama jawatankuasanya itu yang memandang serius isu bekalan air khasnya di Sandakan.

“Kita telah mengalami gangguan air yang kerap selain pernah terjadi resapan air laut ke dalam muka sauk air di loji air kita yang mengakibatkan klorida berlebihan dalam air minuman dan turut kehabisan diesel untuk menjana kuasa di loji rawatan air kita.

Saya percaya sudah tiba masanya semua agensi dan jabatan kita bekerja secara sinergi demi kesejahteraan rakyat kita,”kata Vivian.

Vivian berkata semua wakil rakyat Sabah, tidak kira Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli parlimen, mesti mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat mengatasi cita-cita politik mereka sendiri.

“Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua wakil rakyat untuk sama-sama menyelesaikan isu air ini dan rakyat tidak boleh terus menderita berpanjangan dan dalam senyap terus terkesan dengan masalah air kita ini,” tegas Vivian.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Antara 5 Negeri Terima Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular