HomeIsu tempatan250 pelajar di Parlimen Sipitang terima bantuan sumbangan pendidikan

250 pelajar di Parlimen Sipitang terima bantuan sumbangan pendidikan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Beaufort : Seramai 250 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di kawasan Parlimen Sipitang menerima sumbangan pendidikan.

Sumbangan yang disalurkan menerusi Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Sipitang itu disampaikan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Matbali berkata, sumbangan itu adalah bagi meringankan beban khususnya pelajar dan ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Hari ini kita dapat mengadakan majlis penyerahan sumbangan pendidikan untuk pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPTA dan swasta sekitar Parlimen Sipitang termasuklah Lumadan dan juga Sindumin.

“Ini adalah satu bantuan bagi meringankan bebanan khususnya kepada pelajar dan ibu bapa yang anak mereka dapat memasuki universiti dan kita merasakan ini adalah terbaik dalam memikirkan soal pembentukan modal insan yang harus digilap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan pendidikan IPTA dan Swasta di sini hari ini.

Matbali berkata, para pelajar ini juga diharap dapat mencipta kejayaan cemerlang untuk masa depan mereka.

Katanya, program seumpama itu turut diharap dapat mengeratkan lagi hubungan dikalangan ibu bapa dan bersuai mesra dengan pelajar ke IPTA dan swasta yang berjaya ke menara gading.

“Kita mengharapkan mudah-mudahan anak-anak kita menjadi anak yang cemerlang supaya nanti  insyaAllah mereka akan jadi pelajar yang cemerlang dan dapat kerja yang baik.

“InsyaAllah pada masa akan datang mereka juga akan mewarnai bukan sekadar untuk mencorakkan masa depan bukan sahaja daerah kita, negeri kita malah negara kita yang tercinta ini,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular