KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mengadakan kunjungan hormat ke atas Kementerian Pendidikan Tinggi di sini, hari ini.
Pada kunjungan beliau disambut oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.
Kunjungan itu adalah bertujuan bagi membincangkan penyelarasan aktiviti pendidikan tinggi anak Sabah di Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
Arifin turut memaklumkan kerajaan negeri banyak menyumbang dalam bidang pendidikan yang melibatkan anak sabah di IPT seperti bantuan BUDI, BAIK dan bantuan subsidi tiket penerbangan serta biasiswa dan dermasiswa.
Selain perbincangan sekitar pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Menurut Arifin, Sabah akan menubuhkan Majlis TVET Negeri Sabah pada penghujung tahun ini.
“Sabah juga turut memberikan peruntukan kepada semua 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sabah untuk menganjurkan Festival STEM di setiap daerah,” katanya.