HomeUtamaArifin adakan kunjungan ke KPT, selaras aktiviti pendidikan tinggi anak Sabah

Arifin adakan kunjungan ke KPT, selaras aktiviti pendidikan tinggi anak Sabah

Read Time:45 Second

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mengadakan kunjungan hormat ke atas Kementerian Pendidikan Tinggi di sini, hari ini.

Pada kunjungan beliau disambut oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.

Kunjungan itu adalah bertujuan bagi membincangkan penyelarasan aktiviti pendidikan tinggi anak Sabah di Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Arifin turut memaklumkan kerajaan negeri banyak menyumbang dalam bidang pendidikan yang melibatkan anak sabah di IPT seperti bantuan BUDI, BAIK dan bantuan subsidi tiket penerbangan serta biasiswa dan dermasiswa.

Selain perbincangan sekitar pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurut Arifin, Sabah akan menubuhkan Majlis TVET Negeri Sabah pada penghujung tahun ini.

“Sabah juga turut memberikan peruntukan kepada semua 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sabah untuk menganjurkan Festival STEM di setiap daerah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Taman Pulau Sipadan kutip hasil lebih RM16 juta sejak diwartakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular