HomeUtamaHajiji, Ahli Parlimen Sabah bincang pindaan undang-undang kewarganegaraan

Hajiji, Ahli Parlimen Sabah bincang pindaan undang-undang kewarganegaraan

Read Time:39 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mempengerusikan mesyuarat ‘pre-council’ bersama Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan pindaan perlembagaan berkenaan undang-undang kewarganegaraan yang akan dibacakan buat kali kedua dan ketiga dalam Persidangan Parlimen yang akan datang.

Hajiji dan lapan Ahli Parlimen Sabah telah diberi taklimat oleh Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pendaftaran dan Organisasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ,  Mimmi Suriati Mat Khalid mengenai perkara itu di Sri Gaya di sini hari ini 

Ahli Parlimen yang hadir termasuk Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Keningau), Datuk Armizan Ali (Papar), Datuk Shahelmey Yahya (Putatan), Datuk Jonathan Yassin (Ranau), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan), Datuk Matbali Musa (Sipitang), Datuk Lo Su Fui (Tawau) dan Riduan Rubin (Tenom).

Turut hadir ialah Peguam Besar Negeri Datuk Brenndon Keith Soh. 

RELATED ARTICLES
Utama

Hasrat bina Pusat Tahfiz Penjara Pusat KK, memperkasa ilmu pengetahuan agama...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular