HomeUtamaSaya membawa harapan besar keluarga untuk capai cita-cita - Nor Fasha

Saya membawa harapan besar keluarga untuk capai cita-cita – Nor Fasha

Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Pelajar jurusan perubatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Nor Fasha Natashya Abdul Rahim,20, yang hampir tidak dapat melanjutkan pengajian di universiti itu disebabkan masalah kewangan keluarga kini memikul harapan besar buat keluarganya.

Anak keempat dari lapan beradik itu menjadi anak pertama dalam keluarganya yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke menara gading.

Nor Fasha Natashya Abdul Rahim – Foto JAPEN Sabah

Nor Fasha berkata, niat asalnya adalah untuk menangguhkan pengajian selama setahun bagi mengumpul sumber kewangan bagi tujuan pendaftaran pengajian pada sesi akan datang.

“Saya sangat bersykur sebab ada pihak yang berbesar hati untuk membantu saya sebagai seorang pelajar yang kurang berkempuan dari segi kewangan.  Kalau tidak, tanpa bantuan-bantuan yang ada, saya tidak akan berdiri di sini hari ini.

“Saya memang mahu memohon Ijazah Doktor Perubatan di UMS ini, Alhamdulilah dapat, tapi yang saya tidak jangka adalah saya terpaksa menolak pada awalnya atas kekangan kewangan yang saya dan keluarga saya hadapilah.

“Tapi alhamdulillah saya dapat perhatian daripada pihak-pihak yang tertentu untuk membantu saya meneruskan pengajian dan mencapai cita-cita saya. Saya bersyukur dapat sambung tahun ini. Jadi saya dapat menyambung belajar seterusnya menghabiskan pengajian dengan lebih cepat,” katanya.

Katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan komputer riba yang disumbangkan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Bangunan Canselori di sini hari ini.

Anak kelahiran Tawau itu berkata, buat masa ini dia belum memohon sebarang biasiswa atau bantuan pendidikan yang ditawarkan Kerajaan Negeri mahupun agensi berkaitan.

“Dalam keluarga belum ada yang dapat ke IPT (Institut Pengajian Tinggi) saya adalah yang pertama.  Jadi saya sedang membawa harapan besar daripada keluarga saya untuk mencapai cita-cita saya,” katanya.

Terdahulu, penyerahan sumbangan itu telah disampaikan Setiausaha Perhubungan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir bagi mewakili Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan itu adalah Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pembaharuan dalam RMK13 pastikan projek lambat, sakit dikurangkan – Rafizi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular