HomeUtamaRemaja lelaki maut motosikal ditunggang bertembung bas sekolah

Remaja lelaki maut motosikal ditunggang bertembung bas sekolah

Read Time:1 Minute, 14 Second

TAWAU: Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat kemalangan bertembung dengan sebuah bas sekolah dalam kejadian di di Batu 3, Jalan Tawau – Kalabakan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten komisioner, Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima makluman berkenaan satu kes kemalangan maut berlaku di Batu 3, Jalan Tawau – Kalabakan melibatkan bas sekolah dengan motosikal itu pada jam 1.45 petang kelmarin (14 Okt).

“Pasukan polis tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan maut telah berlaku di Jalan Kampung Kalabakan yang melibatkan sebuah bas sekolah telah bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang remaja lelaki berumur 19 tahun.

“Penunggang motosikal terperosok di bawah bas berkenaan dan telah dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jasmin, mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

“Hasil siasatan polis mendapati semasa kejadian, pemandu bas sekolah yang berumur 37 tahun dari arah Kampung Kapilit menuju ke Kalabakan, apabila melalui jalan berselekoh telah bertembung dengan penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Siasatan lanjut mendapati semasa kemalangan suspek memandu bas di bawah pengaruh dadah dan tidak mempunyai lesen memandu. Suspek telah ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Jasmin meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini untuk tampil ke pejabat Trafik, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi membantu siasatan.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Belanjawan negara akan terus fokus kepada pembangunan luar bandar Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular