HomeSukanExpo Industri Sukan 2024 bermula esok

Expo Industri Sukan 2024 bermula esok

Read Time:2 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai dipelawa untuk hadir memeriahkan Expo Industri Sukan 2024 (EIS 2024) yang akan berlangsung selama tiga bermula esok bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Pegawai Pembangunan Industri Sukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia Azizi Azran Abdullah berkata, expo itu adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh industri sukan dalam meningkatkan sumber ekonomi negeri dan negara.

Pegawai Pembangunan Industri Sukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia Azizi Azran Abdullah

Katanya, EIS 2024  yang dianjurkan KBS dengan kerjasama KBS Sabah itu dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin bermula jam 9.30 pagi Sabtu ini.

“Di samping itu, EIS 2024 turut memberi peluang kepada pemain industri sukan (pengeluar, pengedar dan penyedia perkhidmatan sukan) terutama yang terdapat di Sabah untuk mempamer dan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada umum.

“Dengan 38 pempamer yang telah mendaftar, termasuk pemain utama dari pelbagai agensi sukan, expo ini turut dilihat sebagai wadah untuk memupuk kerjasama dan pertumbuhan dalam ekosistem sukan tempatan melalui penglibatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi temu bual di Konti SABAHfm di sini semalam.

Azizi yang juga Ketua Projek EIS 2024 berkata expo pada kali ini mampu menyasarkan pulangan pelaburan (ROI) sebanyak RM5 juta dengan perjanjian awal yang menunjukkan potensi antara RM8 hingga RM9 juta kepada penggiat industri sukan tempatan.

Katanya, penganjuran kali ini lebih menekankan penyertaan lokal, dengan kebanyakan pempamer berasal dari Sabah

“Ini mencerminkan komitmen KBS dan KBS Sabah untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan meningkatkan ‘visibility’ para penggiat industri sukan Sabah di platform nasional dan antarabangsa.

“Kepada para pengunjung, expo kali ini dibuka bermula dari 10 pagi hingga 10 malam dengan menjanjikan pelbagai aktiviti menarik.

“Selain 38 reruai, sepanjang expo berlangsung para pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti antaranya kejohanan ‘E-Sport Borneo’ (MLBB, E-Racing, E-Football & Tekken 8), Mega Aerodance Borneo, Lompat Tali Borneo, Kayuhan Borneo dan Larian Borneo serta tarikan utama iaitu penganjuran Borneo Island International Big Bike Festival yang bertujuan mempromosikan budaya sukan dan sukan permotoran yang sering menjadi tumpuan masyarakat di negeri ini,” katanya.

Beliau juga berharap agar inisiatif berkenaan mampu mengangkat nama Sabah melalui penganjuran acara-acara ikonik ke peringkat yang lebih tinggi seperti mana penganjuran Borneo International Marathon yang saban tahun mendapat sambutan yang menggalakan.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular