HomeUtama‘Rhythms Of Kinabalu 2024’ tonjol kelainan, keunikan

‘Rhythms Of Kinabalu 2024’ tonjol kelainan, keunikan

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran ‘Rhythms Of Kinabalu 2024’ (ROK 2024) yang diadakan selama tiga hari bermula esok bakal menonjolkan kelainan dan keunikan menerusi persembahan yang berkonsepkan ‘World Music’.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam satu kenyataan memaklumkan, ROK 2024 akan berlangsung selama tiga hari bertempat di Lintasan Deasoka bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga Ahad ini.

Menurut JKKN, konsep penganjuran adalah dengan mempersembahkan lagu-lagu karya etnik negeri Sabah melibatkan penggiat seni dan kumpulan muzik tradisional sekitar negeri ini.

“ROK kali ini juga akan membawakan persembahan daripada artis-artis tempatan yang hebat seperti Velvet Aduk, Elica Paujin, Tuni Sundatang, Rapot Sanggong, Afiezal Fahmi, Fauziah Gambus, Dyana Baiduri, Marllenney, The Male-Efficient dan artis jemputan antarabangsa dari Korea Selatan.

Selain persembahan utama, terdapat juga aktiviti kesenian dan kebudayaan lain yang telah disusun untuk para pengunjung yang hadir seperti Bazar Seni ROK, Pameran kraf, Bengkel Muzik ROK, ROK Music Run, Interaktif Seni Budaya dan pelbagai lagi,” menurut kenyataan itu di sini.

Penganjuran ROK 2024 turut mendapat kerjasama Pertubuhan Produksi Seni Kreatif Kota Kinabalu yang turut menganjurkan Program Pelancongan Budaya (Culture-Based Tourism) – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular