HomePendapatBersatu Membina Budaya Membaca untuk Kemajuan Bangsa

Bersatu Membina Budaya Membaca untuk Kemajuan Bangsa

Read Time:2 Minute, 21 Second

Sempena Karnival Baca Perdana 2024 yang berlangsung sepanjang bulan Oktober, Malaysia menekankan pentingnya perpaduan dan pembangunan negara melalui budaya membaca. Bertemakan “Perpaduan dalam Pembacaan”, karnival ini bertujuan memupuk minat membaca di kalangan rakyat.

Menteri Perpaduan Negara memaklumkan bahawa beberapa inisiatif baru akan diperkenalkan, termasuk Indeks Membaca Kebangsaan (IMK) pada 2025 dan Program Penebusan Baucar Buku, sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan minat membaca.

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023 mendapati peningkatan dalam kadar pembacaan rakyat Malaysia yang kini mencapai purata 24 naskhah buku setahun, berbanding hanya dua naskhah pada tahun 2005.

Data daripada kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan rakyat Malaysia kini meluangkan masa kira-kira 9 jam 22 minit setiap minggu untuk membaca. Namun, laporan CEOWORLD baru-baru ini menempatkan Malaysia di tangga ke-37 daripada 102 negara dari segi masa dan jumlah buku yang dibaca, dengan kadar purata 5.47 buku dan 122 jam membaca setahun.

NegaraKedudukanJumlah BukuJumlah Masa
Malaysia375.47122 jam
Amerika Syarikat117357 jam
India216352 jam
Taiwan126.83157 jam
Singapura146.72155 jam
Thailand216.37149 jam
Japan276.2135 jam
Indonesia315.91129 jam
Filipina355.59123 jam
Vietnam365.54123 jam
Brunei1012.5960 jam
Afghanistan1022.5658 jam

Meskipun memiliki kadar literasi dewasa yang tinggi (95.7%) di peringkat ASEAN, budaya membaca di Malaysia masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara serantau seperti Thailand dan Indonesia. Prestasi pelajar Malaysia dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2022 juga mencatatkan penurunan dalam domain literasi matematik, sains, dan bacaan.

Laporan PISA 2022 melibatkan 81 buah negara, di mana para pelajar di nilai di dalam 3 domain literasi, iaitu: Matematik, Saintifik, Bacaan dan Secara keseluruhannya, prestasi pencapaian pelajar Malaysia merekodkan kemerosotan untuk ketiga-tiga domain literasi tersebut, dan skor purata adalah lebih rendah daripada skor purata OECD.

Sumber: The Star: Prestasi PISA 2022 – Malaysia

Dalam era teknologi kini, akses kepada bahan bacaan menjadi semakin mudah, namun lebih ramai yang cenderung kepada kandungan hiburan daripada bahan ilmiah. Malaysia menyedari bahawa budaya membaca yang kuat adalah kunci untuk mencapai kemajuan ekonomi berasaskan inovasi dan pengetahuan.

Era sains dan teknologi masakini telah menyediakan akses meluas kepada bahan bacaan dengan mudah dan pantas sepanjang masa. Seumpama memiliki akses kepada perpustakaan terbesar di dunia, yang tidak pernah tutup.

Tetapi, ramai tidak menggunakan peluang akses ini sebaiknya dan lebih terjerumus kepada konten-konten hiburan yang rata-rata tidak bermanfaat dan bermutu. Sehinggakan ramai pula yang berminat untuk menjadi Content Creator, dan tidak mengendahkan keutamaan ilmu dan pembelajaran.  

Negara-negara maju dapat mencapai tahap kemajuan yang tinggi kerana masyarakat memiliki budaya membaca yang tinggi. Membaca dapat meningkatkan pengetahuan dan kepakaran, dan seterusnya membina budaya inovasi dan ekonomi bernilai tinggi. 

Sekiranya Malaysia berhasrat untuk menjadi negara maju yang berasaskan ekonomi nilai tinggi, rakyat Malaysia mesti meningkatkan minat membaca untuk menambah ilmu dan kepakaran. Inilah resipi utama untuk agenda pembangunan negara.  

Seperti yang diungkapkan oleh Napoleon Bonaparte, “Tunjukkan kepada saya keluarga yang suka membaca, dan saya akan menunjukkan kepada anda bangsa yang menggerakkan dunia.”

RELATED ARTICLES
Utama

Lima ahli kebuniti tempatan terima Set Teknologi Greenkit MARDI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular