HomeSukanPERSUES, BeOne Network jalin kerjasama anjur program e-Sukan

PERSUES, BeOne Network jalin kerjasama anjur program e-Sukan

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Sukan Elektronik Sabah (PERSUES) dan BeOne Network Sdn Bhd menjalin kerjasama bagi melaksanakan kejohanan dan liga di peringkat sekolah menengah, universiti dan juga liga khas untuk Efootball di setiap daerah.

Kerjasama strategik selama lima tahun itu dimeterai menerusi satu Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan nilai kontrak sebanyak RM1.7 juta yang ditandatangani pada Ekspo Industri Sukan (EIS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Presiden PERSUES Chucky Cheoh berkata, kerjasama itu penting dalam meningkatkan lagi pertumbuhan dan kestabilan persatuan dalam jangka masa panjang.

Katanya, negeri ini merupakan salah satu negeri teratas dari segi jumlah pemain, kuasa membeli, dan kumpulan bakat di Malaysia.

“Nilai ekonomi E-sukan yang merangkumi Pembelian Dalam Permainan, Penggunaan Internet, Perkakasan Digital, dan Pakaian adalah bernilai puluhan juta.

“Dengan mengenalpasti jalinan ini, kami dapat membentuk kerjasama yang memberikan situasi Menang-Menang untuk rakan dan kolaborator kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pemeteraian MoU itu disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Ts.Dr Nagulendran Kangayatkarasu yang mewakili Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Hadir sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan dan Setiausaha Tetap KBS Sabah Datuk Mansur Asun.

Kandungan MoU itu juga akan merangkumi kursus yang disediakan bersama dengan Level Up Academy seperti Pemasaran Digital, Pembangunan Kerjaya Esukan, dan juga program keusahawanan seperti TikTok Masterclass yang pertama seumpamanya di Sabah.

Kerjasama ini turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah bernilai RM188,000 yang dikhaskan untuk pengguna berdaftar di bawah kerjasama yang dipanggil Pxb1 (Persues x BeOne).

Cabutan bertuah ini menawarkan hadiah seperti telefon pintar untuk permainan, jersi edisi khas dan juga emas! Cabutan bertuah akan diadakan setiap minggu bermula 12 Disember 2024 di akaun rasmi TikTok PxB1. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular